Kotak Haif Laeviceps (Ilham OATH)



  1. Hasil idea kotak haif ini daripada Original Australia Trigona Hive (OATH)
  2. Keunikan OATH berbanding kotak haif kebiasaan lain adalah seperti terdapat alas sokongan telur, lubang pengudaraan (boleh juga sebagai lubang eduksi), landasan pintu keluar masuk dan lubang tumpahan madu. Anda boleh ke sumber ilham di laman berikut, tekan SINI.
  3. Perubahan pada bahagian kotak madu topping (honey super) yang saya buat sedikit besar berbanding kebiasaan kotak haif OATH yang kecil kotak madunya.
Kotak haif (Saiz ruang dalaman):
  • Panjang: 20 cm atau 8 inci
  • Lebar:  14 cm atau 5½ inci
  • Tinggi: 12 cm atau 5 inci
Kotak madu topping (Saiz ruang dalaman):
  • Panjang: 30 cm atau 12 inci
  • Lebar:  23 cm atau 9 inci
  • Tinggi: 12 cm atau 5 inci
Pelan kasar hasil cedokan idea daripada OATH

Lid plastik pvc berlubang 'O' di antara kotak haif dan kotak madu topping

  • Saya menggunakan kayu Merbau dan campuran kayu lain. Ketebalan kayu antara lebih kurang 1½ inci untuk dinding haif dan anggaran 1 inci untuk pelantar haif serta kotak madu topping.
Corong pintu sarang T. Laeviceps
Makluman: Tetragonula Laeviceps antara spesis kelulut yang kecil di Malaysia. Kotak haif untuk spesis ini tidak perlulah bersaiz besar. Jika berminat untuk membuat, anda boleh kecilkan lagi saiz kotak haif ini pada bahagian ketinggian haif.


Rujukan: OATH Construction Plans - Native Bee Hives http://nativebeehives.com/oath-construction-plans, Facebook Group Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu, Whatsapp Group Kelulut Malaysia dan banyak rujukan lain.  

Comments