Cara Buat Kotak Topping


Kotak topping madu atau Honey Super Box merujuk kepada tempat pengumpulan madu lebihan oleh lebah kelulut. Artikel kali ini khusus untuk kotak topping madu kelulut spesis Heterotrigona Itama. Saiz dalaman kotak yang disyorkan ialah 12" panjang x 12" lebar.

Kotak topping madu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kotak utama & kotak penutup.

  • Kotak untuk bahagian utama. Beli kayu yang tidak dirawat di kedai hardware. Saiz yang saya guna kali ini lebih kurang ½" tebal x 3" lebar.
  • Kayu tapak: Panjang 14" untuk 5 kayu
  • Kayu bingkai: Panjang 14 suku" x 2 kayu & panjang 12 tiga suku" x 2 kayu
  • Potong guna miter saw. Utamakan keselamatan & pakai topeng penutup hidung mulut untuk perlindungan daripada debu kayu.

  • Tebuk lubang guna hole saw 54mm di tengah kayu tapak siap-siap.
  • Layurkan sedikit api secara sekali lalu guna flame gun & gas butana kecil.
  • Gabungkan kayu bingkai segi empat sama 90 darjah setiap sudut dalaman.
  • Lap kesat guna kertas pasir pada permukaan yang akan digam.
  • Gam kayu Wood Glue 7010 jenama Chemi-bond atau boleh guna gam kayu lain yang tidak berbau. Elakkan gam berlebihan hingga meleleh ke kawasan permukaan kayu bahagian dalaman kotak utama.
Biarkan kayu yang digam betul-betul kering.

  • Kotak untuk bahagian penutup. Diboleh guna kayu yang telah dirawat seperti plywood 9mm. Guna juga kayu bingkai saiz ½" tebal x 1" lebar.
  • Plywood dipotong berbentuk segi empat sama bersaiz 16" panjang x 16" lebar.
  • Kayu bingkai untuk bahagian penutup dipotong 16" x 2 kayu & 15" x 2 kayu.
  • Potong & seterusnya gam.
Hasilan kotak topping yang sudah siap.
  • Akhir sekali, letak plastik alas meja yang lutsinar pada kotak utama topping.
TIPS:
  1. Sebaiknya guna kayu yang tidak dirawat bahan kimia.
  2. Pastikan tiada ruang lubang celahan pada setiap kayu dengan gam kayu atau tutup ruang dengan gam silikon kaca di bahagian luar.
  3. Digalakkan bakar guna flame gun sehingga hitam ruang kotak utama sebelum diletakkan pada sarang kelulut samada log atau kotak haif.
RUJUKAN: Facebook Group Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu, Whatsapp Group Kelulut Malaysia dan banyak rujukan lain.

Comments