Teknik Asas Pindah Koloni Kelulut

Antara tujuan memindah koloni lebah kelulut adalah untuk menyelamatkan log sarang kelulut yang sudah reput berisiko melemahkan koloni dan sarang kelulut yang sukar untuk dituai hasil madu.

Teknik Asas & Tips Pindah Koloni:

  1. Sediakan haif yang saiznya sesuai dengan spesis kelulut. Haif besar, melambatkan pemenuhan kantung madu di kotak madu.
  2. Cari ratu dahulu. Berhati-hati belah sarang asal. Jika ratu mati tidak berganti, maka keseluruhan koloni pupus.
  3. Elak pegang ratu menggunakan tangan kerana berkemungkinan akan mengganggu bau feromon ratu yang berfungsi mengawal dan memerintah koloni.
  4. Elak pindah binaan propolis yang basah dengan cecair madu kerana berkemungkinan mengundang pemangsa atau perosak seperti kumbang debunga dan lalat soldadu. Selain yang basah, pindah semua propolis kering ke dalam haif.
Berikut ialah maklumat beserta gambar proses pindah koloni lebah kelulut spesis Tetragonula Laeviceps yang bersarang dalam buluh:
Sarang Tetragonula Laeviceps di dalam buluh pangkin rumah Orang Asli di Hulu Perak

Lapik sarang dengan helaian kertas putih (atau sebaiknya kain putih) untuk memudahkan pencarian ratu jika ratu terlepas merayap ke lantai.


Belah separuh dengan berhati-hati. Cari ratu koloni.

Ambil ratu dengan kais menggunakan cebisan kertas.

Masukkan ratu ke dalam kotak haif.

Masukkan semua telur (brood cell) dan binaan propolis ke dalam kotak haif.

Tutup kotak haif dengan lid plastik pvc berlubang penyambung ke kotak madu (honey super topping)

Letak kantung roti lebah (bee bread / pollen) dan kantung madu yang tidak pecah ke kotak madu topping.


Pantau keaktifan koloni dengan melihat perkembangan penambahan telur serta kantung madu.

Pintu masuk asal sarang pada buluh dikerat sedikit dan letak di lubang masuk haif.

Telur dari haif yang telah menembusi ke ruang kotak madu topping.

Rujukan: Facebook Group Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu, Aplikasi MARDI Lebah Kelulut Malaysia - Biologi & Penternakan,Whatsapp Group Kelulu Malaysia dan banyak rujukan lain.

Comments