Introduksi: Dalam koloni kelulut yang matang, terdapat 9 hingga 11 telur ratu di dalam sarang. Ratu muda yang menetas berpotensi meninggalkan sarang lalu dibawa oleh sebahagian kumpulan kelulut pekerja untuk ke sarang yang telah ditentukan untuk membentuk koloni kelulut baharu.
Perangkap kerumun kelulut bertujuan untuk mengumpan koloni kelulut baharu membuat sarang dalam bekas perangkap yang disediakan.
Cara Buat Perangkap Kerumun Kelulut Itama
- Sediakan propolis anggaran 1/3 genggam, (propolis sarang Itama), botol mineral kosong 1.5 liter, paip pvc hitam (2½ inci panjang), selotep pvc untuk electrical insulation, selotep biasa, 1 helai surat khabar, plastik sampah tebal saiz M.
- Tebuk botol. Ukur diameter paip pvc dan tebuk lubang. Sumbat 2½ paip pvc hitam ke ruang yang ditebuk cebagai laluan pintu keluar masuk perangkap.
- Potong botol. Potong ½ bahagian atas botol seperti botol mulut ternganga (untuk mudah masuk pergelangan tangan serta jari mudah calit propolis).
- Calit propolis. Ambil secubit, gentel bulat dan calit secara seret kawasan dalaman botol. Lagi banyak, lagi bagus.
- Selotep luaran botol, tutup bahagian garisan ½ botol supaya tertutup dengan kejap dan sebaiknya selotep baki keseluruhan botol.
- Balut. Balut botol guna dalam 1 atau 2 helaian surat khabar. Kemudian, balut lagi dengan plastik sampah hitam. Selotep apa yang patut bagi kukuh.
- Celet lagi propolis di corong pintu masuk perangkap.
- Pasang perangkap. Cari pokok saiz besar yang sebaiknya tiada koloni kerengga atau semut. Pokok teduhan yang terlindung dari tempias hujan lebat. Jika di pokok ada koloni semut, sapu minyak hitam terpakai di permukaan batang pokok yang sudah dipasang. Pasang perangkap dalam ketinggian 5 kaki ke atas. Perangkap amat sesuai dipasang di kawasan ternak kelulut dan kawasan yang terdapat sarang kelulut liar. Usaha, doa dan tawakal.
- Apabila sudah ada koloni kelulut masuk perangkap, akan ada binaan corong propolis. Bina atap untuk lindung dari hujan timpa binaan corong. Pantau dari gangguan pemangsa: kerengga, cicak dan lain. Sediakan haif kosong. Selepas 3 ke 4 bulan, pantau waktu pagi samada sekumpulan kecil kelulut baru menetas akan bekumpul depan corong serta terdapat juga kelulut pekerja yang membuang sisa buangan tetasan telur (menandakan adanya brood cell yang menetas dan kewujudan ratu yang aktif bertelur). Pergi waktu malam, sepatutnya boleh pindahkan seluruh koloni perangkap ke haif kosong.
Langkah-langkah bergambar cara buat perangkap kelulut:
Bahan-bahan: Propolis, Selotep pvc, corong paip pvc, botol kosong, helaian surat khabar, plastik sampah |
Tebuk lubang untuk laluan corong dan potong bagi ternganga botol untuk mudahkan celet propolis. Corong paip bahagian luar dipotong menyerong ke bawah. |
Gentel, tepek dan celet propolis. Selotep luaran. |
Balut dengan surat khabar. |
Balut dengan plastik hitam. |
TIPS Buat Perangkap Kelulut: Pastikan botol kering tiada air sebelum celet propolis. Pastikan perangkap gelap dari dalam, kalis cahaya dan kalis air dengan selotep menutupi bahagian plastik yang berkemungkinan air boleh masuk jika hujan lebat.
Makluman: Cara perangkap kerumun kelulut di atas adalah cara penulis buat berdasarkan olahan daripada pelbagai sumber rujukan. Terdapat juga pelbagai bahan dan cara lain, seperti menggunakan log kosong, kotak haif kosong, jemur propolis, guna etanol, celet guna kayu dan lain-lain lagi. Barokallah.
Rujukan: Facebook Group Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu, animhosnan.blogspot.com, aplikasi MARDI Lebah Kelulut Malaysia Biologi & Penternakan, Facebook Graham L Sanders - FINAL SIGN OF BAIT HIVE SUCCESS dan banyak rujukan lain.
BONUS : Anda juga boleh menggunakan bekas yang bersaiz besar sedikit dari botol 1.5 liter contohnya balang kuih raya dalam gambar di atas yang bersaiz 4 liter. Bekas ini memudahkan anda memantau keberadaan brood cell atau ratu dari bahagian lubang penutup.
Sebelah kanan ialah bekas perangkap yang sudah berjaya dan sudah saya kosongkan untuk digunakan semula membuat perangkap kelulut sekali lagi. |
BONUS : Anda juga boleh menggunakan bekas yang bersaiz besar sedikit dari botol 1.5 liter contohnya balang kuih raya dalam gambar di atas yang bersaiz 4 liter. Bekas ini memudahkan anda memantau keberadaan brood cell atau ratu dari bahagian lubang penutup.
Comments
Post a Comment