- Hasil idea kotak haif H. Itama ini daripada gabungan reka bentuk Sarang Kelulut Modular (SKM) yang dihasilkan Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Serdang, Selangor dan reka bentuk kotak haif Tetragonula Sapiens oleh Graham Sanders penternak warga Australia.
- Saiz dalaman kotak haif untuk H. Itama yang disyorkan ialah 6" panjang x 6" lebar x 6" tinggi tetapi kotak haif yang saya buat kali ini hanya berbeza pada bahagian lebar kecil sedikit iaitu 5½".
|
Pelan kasar kotak haif H. Itama |
Saiz ruang dalaman (Kotak haif termasuk bahagian Tapak dan Tingkat 2):
- Panjang: 6"
- Lebar: 5½"
- Tinggi: 6"
- Bahagian Tapak mempunyai landasan dan diletakkan paip pvc pada ruangan pintu keluar masuk.
- Bahagian Tingkat 2 mempunyai lubang pengudaraan, alas sokongan telur dan 2 lid plastik pvc untuk penghubung ke kotak topping madu.
- Alas sokongan telur di Tingkat 2. Gunakan jaring mash plastik saiz ½". Tebuk lubang di sisi Tingkat 2 untuk dimuatkan setiap hujung jaring dengan menggunakan mata gerudi HSS saiz 2.5.
|
Alas sokongan telur / brood cell di Tingkat 2 |
|
Pelan kasar Jaket lapisan kotak meliputi kotak haif |
|
Jaket dan penutup kotak haif |
- Kotak Jaket ini terdapat ruang terbuka pada bahagian hadapan dikhaskan untuk landasan tapak kotak haif.
- Tujuan penambahan Jaket pada kotak haif adalah untuk menambahkan ketebalan seterusnya melindungi daripada risiko cuaca panas dan kesejukan waktu malam.
TIPS:
- Sebaiknya guna kayu yang tidak dirawat bahan kimia.
- Kayu yang lebih tebal digunakan, lebih bagus untuk perlindungan sarang kelulut.
- Pastikan tiada ruang lubang celahan pada setiap kayu dengan gam kayu atau tutup ruang dengan gam silikon kaca di bahagian luar.
- Digalakkan bakar guna flame gun sehingga hitam ruang dalaman kotak haif sebelum dimasukkan sarang koloni kelulut hasil gandaan koloni ataupun pindah koloni.
Comments
Post a Comment