Contoh pelan eduksi yang boleh digunakan |
- Eduksi (bridging duplication hive) merupakan kaedah gandaan koloni dengan menyambungkan sarang asal koloni kelulut ke haif buatan.
- Kelulut perlu keluar masuk dari sarang asal melalui haif buatan sehingga koloni kelulut memenuhi atau meluaskan binaan sarangnya ke ruang haif buatan dan seterusnya menjemput ratu bertelur ke dalam haif buatan tersebut.
Contoh eduksi sarang Geniotrigona Thoracica |
- Tujuan eduksi adalah untuk mengambil sarang koloni kelulut tanpa merosakkan struktur asal sarang koloni tersebut. Kaedah ini amat mesra alam sekitar kerana dapat mengelakkan daripada menebang pokok untuk mengambil sarang kelulut.
- Saiz kotak haif eduksi perlulah sesuai dengan jenis spesis kelulut tersebut. Contohnya saiz dalaman kotak haif untuk kelulut Itama 6" x 6" x 6" (panjang x lebar x tinggi) manakala fsaiz dalaman kotak haif untuk Thoracica pula 12" x 12" x 12".
- Eduksi berjaya apabila kotak haif buatan sudah mempunyai telur (brood cell) dan ratu di dalamnya.
Sarang Geniotrigona Thoracica di pokok rambai hutan |
- Selain di lubang atau rekahan pokok, lebah kelulut juga membuat sarang di kawasan kediaman manusia seperti di celahan dan rekahan bangunan.
Sarang Tetragonilla Collina di celahan binaan konkrit tapak tangki air |
Sarang Tetragonula Laeviceps dalam lantai simen koridor |
Rujukan: Natural Hive Duplication - Aussie Bee Online Article 3 https://www.aussiebee.com.au/abol-003.html, Facebook Group Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu, Whatsapp Group Kelulut Malaysia, EDUKSI KELULUT https://beritatvmalaysia.blogspot.com/2017/04/eduksi-kelulut.html, Ukuran Saiz Kotak Haif Lebah Kelulut MARDI - Kelab Lebah Kelulut https://www.kelablebahkelulut.com/2014/09/ukuran-saiz-kotak-haif-kelulut-mardi.html dan banyak rujukan lain.
Comments
Post a Comment