Perangkap asal koloni Itama dirampas oleh koloni Tetragonula Fuscobalteata |
Perangkap dihuni Itama diserang kerengga |
Perangkap koloni Itama dialih ke kawasan balkoni yang terkena cahaya matahari secara langsung |
Antara ancaman terhadap perangkap kelulut:
- Kerengga - Atau semut. Boleh menggugat perangkap apabila serangga ini mula bau roti lebah (bee bread) dan seterusnya berebut roti lebah koloni perangkap. Membunuh koloni secara serangan beramai. Cara elak kerengga serang, sapu minyak enjin terpakai mengelilingi perangkap.
- Diserang dan dirampas oleh koloni kelulut lain. Terjadi apabila radius kawasan perangkap mempunyai sarang koloni kelulut lain yang sedang proses pecah koloni semula jadi.
- Dirosakkan oleh haiwan liar: Kera, beruang matahari dan lain. Terjadi kerana reka bentuk perangkap menarik minat sifat ingin tahu haiwan lain serta bau madu dalam perangkap juga menarik minat haiwan lain.
- Dicuri - Manusia.
- Kepanasan - Akibat hilang teduhan seperti dahan teduhan perangkap dipotong lalu terkena cahaya matahari secara langsung. Cara elak kepanasan, bina atap teduhan lindung atas perangkap.
Perangkap koloni Itama yang sudah pupus akibat kepanasan dan diserang larva kumbang debunga |
Kesan Rentetan Perangkap Lemah:
- Kesan rentetan akibat perangkap terkena ancaman seperti dirosakkan oleh haiwan dan ancaman kepanasan melampau akan menyebabkan koloni lemah menjaga suhu sarang terdedah, ratu mati, telur brood cell koloni rosak tidak berganti generasi. Hanya tinggal sisa telur brood cell tidak terjaga menunggu waktu menetas.
- Maka muncul pula kumbang debunga masuk ke dalam sarang lemah, bertelur dalam kantung roti lebah. Larva kumbang debunga menetas dengan banyak makan sumber roti lebah yang sepatutnya dikhaskan untuk anak-anak kelulut. Anak kelulut mati tidak cukup sumber makanan. Seterusnya, koloni pupus.
Rujukan: Facebook Group Kelab Peminat Lebah Kelulut & Lebah Madu, Whatsapp Group Kelulut Malaysia, Beruang matahari masuk perangkap - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/478628/beruang-matahari-masuk-perangkap (23 Julai 2019), dan banyak rujukan lain.
Kepada pembaca yang ingin menambah lagi maklumat berkaitan Ancaman Perangkap Kelulut atau komen, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Comments
Post a Comment